Tuesday, July 20, 2010

musim sakit

hari-hari terakhir cuti ni menjadi semakin tak best. bukan sebab dah nak kena balik uni, tapi sebab semua orang macam tak sihat. lepas amik dayah kat klang hari tu, saya pulak yang kena demam, selesema dan batuk yang teruk. orang ketiga selepas ira kena sakit tekak dan batuk serta ibu yang kena demam.

serius sakit yang paling saya tak suka ialah batuk sebab saya kalau batuk memang teruk. jalan pun penat, baring pun penat sebab susah nak bernafas.

back to journey to kl last friday, kak amy and family tak ada pun kat rumah. diorang having holiday di pulau pangkor. so, since this week saya dah nak balik uni, saya bercadang nak singgah sekali lagi kat rumah mak ngah sebab nak visit kak amy and her 4 irish child.

regarding hostel kat uni, i got tremendous problem. sebab saya sekarang dah tak ada roomate. so, susah sikit nak cari bilik. ada la seorang member ni daftarkan saya kat satu bilik with her friend. jujur, saya berterima kasih banyak-banyak sebab sudi registerkan. tapi masalahnya, saya memang tak boleh 'in' dengan member dia tu. sorry banyak-banyak ya. memang saya tak boleh. bukan demand. sekarang saya dah pening.

No comments:

Post a Comment