Thursday, July 22, 2010

kelapa

haha. serius hari ni experience satu benda yang baru dalam hidup. kupas kelapa kelapa muda. mungkin benda ni biasa je bagi sesetengah orang tapi ia menarik bagi saya. ceritanya bermula...........

2.40 - ibu balik dari sekolah bawa kelapa muda sebab ada seorang ibu pelajar kesian nengok ibu demam tak baik-baik. so sampai rumah ibu suruh saya bukak and to be surprised air tu terpancut kat muka saya. haha. lepas tu apa lagi, kitorang melantak la air tu bertiga. sebenarnya, saya habiskan air tu cepat-cepat sebab nak makan isinya.

kerana isinya la saya bertungkus-lumus bukak kelapa tu. kelakar. siap guna parang. ibu yang bukak. memang lawak. lepas 15 minit berhempas pulas, dapatla saya merasa keenakkan isi kelapa tu.memang berbaloi bersusah tadi. ( orang kalau tak pandai bukak kelapa memang gitu la jadinya)

Wednesday, July 21, 2010

tak nak!!

jujur lepas nengok result hari tu, saya dah tak nak join 'benda-benda' yang berat. saya ingat bila dah abis satu sem saya dah lepas. rupa-rupanya belum dan saya kena mengadap 'benda' tu untuk tiga bulan lagi. tolong!!! memang dah tak nak dah. kalau buat kerja pun nanti confirm tak ikhlas. macam mana nak cakap yang saya dah tak nak join lagi. kalau ada committee yang terbaca, saya cuma nak cakap yang saya bukan budak skema dan saya tak nak jadi orang lain bila saya join korang. i am who i am. not being others. ya, salah saya sebab saya yang join 'benda' ni dulu. tapi saya tau saya dah buat pilihan yang salah. teramat salah. maaf kalau ada pihak yang tersinggung. cukuplah.

saya cuma sayangkan robocon sahaja. sayangkan AR40B, IFC, dan jugak battery lithium-polymer battery. itu je yang saya sangat berminat sekarang. dan juga wayar-wayar. bukan kertas kerja yang berjela-jela, meeting yang berjam-jam serta lain-lain.

Tuesday, July 20, 2010

musim sakit

hari-hari terakhir cuti ni menjadi semakin tak best. bukan sebab dah nak kena balik uni, tapi sebab semua orang macam tak sihat. lepas amik dayah kat klang hari tu, saya pulak yang kena demam, selesema dan batuk yang teruk. orang ketiga selepas ira kena sakit tekak dan batuk serta ibu yang kena demam.

serius sakit yang paling saya tak suka ialah batuk sebab saya kalau batuk memang teruk. jalan pun penat, baring pun penat sebab susah nak bernafas.

back to journey to kl last friday, kak amy and family tak ada pun kat rumah. diorang having holiday di pulau pangkor. so, since this week saya dah nak balik uni, saya bercadang nak singgah sekali lagi kat rumah mak ngah sebab nak visit kak amy and her 4 irish child.

regarding hostel kat uni, i got tremendous problem. sebab saya sekarang dah tak ada roomate. so, susah sikit nak cari bilik. ada la seorang member ni daftarkan saya kat satu bilik with her friend. jujur, saya berterima kasih banyak-banyak sebab sudi registerkan. tapi masalahnya, saya memang tak boleh 'in' dengan member dia tu. sorry banyak-banyak ya. memang saya tak boleh. bukan demand. sekarang saya dah pening.

Thursday, July 15, 2010

hari terbuka

kisas is having its open day this friday. so, i'm gonna have to be in kl this evening. walaweh.. nasib baik ko dapat no 1 dayah, kalau tak malas gila nak pergi. ingat pontian-klang tu macam pontian-benut ke?

anyway, looking forward to go to mak ngah's how because kak amy's family are there, having their summer's holiday. lama tak jumpa korang semua. teringin nak pergi ireland tengok rumah korang. hehe. anyway gtg now sebab belum habis kemas rumah.

p/s : taufiq, kak dayah dapat no 1 dalam kelas, kau pecer? :p

Friday, July 9, 2010

sem break story

what i've done during my sem break...

10-14 may 2010
.: its final exam week, for foundation students..so none of us went to lab except for hakim coz it's his study week and time ni lah balqis muncul T_T :.

16-22 may 2010
.: its soaring the eagle week(ste)..seronok spent the whole week dengan kawan-kawan esp kawan-kawan yang baru kenal even kitorang ni satu batch:.
.: team mach5 yang kena pergi ste are safwan, nasrul and me! maka semakin sedikit orang yang berada di lab kerana undergraduates are having their finals!! :.
.: on the same time, kat UIA ada competition called 1 MEC ( 1 Malaysia Engineering Competition) {sory kalo salah}... so the rest of foundation students and a few seniors were attending it..congratz to : aimi, sayyid, imtiaz, jia yan, amin, amir, fry and hakim.. :.
.: lots more story but the rest is history for us :.

23-25 may 2010
.: in lab tapi frankly dah tak tau nak buat apa sebab bab mechanism ni memang hampeh. tapi cuba bagi wiring, seronok gile kot!! :.

26-30 may 2010
.: going back home!! minggu ni almost semua budak foundation cuti..walaupun dah lama tak jenguk lab, tapi balik tetap kena balik sebab khamis tu kenduri arwah ayah :.
.: this is the point where wira sedan, 1.5, yellow-golden in colored named as JGN 744 was being drived by me to universiti teknologi petronas :.
.: ira tumpang from KL to UTP..at least ada kawan :.

1-17 june 2010
.: struggling days!! time ni lah semua final preparation sedang dijalankan..banyak benda menarik during this period :.
~ teamate spirit..don't let your teamate work alone. if posssible work in pair
~ problems are to be solved not to creating more problems
~ makan-makan di mcD dan KFC as one big family!! tapi ada yg tak diajak :P
~ mencari barang-barang di kedai hardware di ipoh dan serius memang susah nak cari barang esp..
~ jenuh rasanya bila competition is just round the corner tapi robot tak siap lagi..oh datin!!
~ i learn a lot..a lot..by mistakes

18-19 june 2010
.: rtm shooting day for documentary... hosted by nasty..who is he? i don't know but i know he is one of the actor of ghost 2 :.
.: tabik spring sama primax team :.
.: full test-run pukul 10 mlm tapi sayangnya saya tidur dalam kereta sebab dah dua hari tak tidur:.

20 june 2010
.: out from utp going to ukm..most of us naik kereta..yang lain naik bas..robots are in bus and gamefields are in lorry :.
.: shy to admit tapi saya lost selepas tol duta >_< :.

21-27 june
.: competition day!! tugas saya? make sure wiring is in good condition, take care of datin's ifc worth RM 2000 and last but not least jaga 19 lipo's which is RM 180 each but i love my job :.

and now, i'll be home till 23 july..after all i miss my robocon family..and my geng-sisters...and arina and the gang..

life is short,
make it simple,
memorable,
and
always learn from mistake

p/s : result dah keluar dan ianya sungguh teruk..i mean it :(

Thursday, July 1, 2010

about loving someone

Pada suatu hari di sekolah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depans ambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. =)

bila lelaki benar2 jatuh cinta

credit to notes amiruzaki...

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.