Saturday, September 24, 2011

eighth day holiday

fully housewife day. bangun hantar adik pergi sekolah. breakfast? setakat aku sorang makan roti pun dah kenyang. hehe. eleh, pastu sambung tidur. bangun-bangun baru la terhegeh-hegeh nak bayar bil broadband ngan credit card. zz. pukul 12 amek adik sebab pukul 12.30 ada open house. suke-suke sebab rumah tu besar, cantik. tapi takut la duduk rumah besar-besar. hee, makanan dia super duper best. main food biasa la. standard menu open house. yang best dessert dia. ad tiramisu, blueberry cheese cake, blueberry tart, fruit tart, chocolate moist cake, etc. hee, best kan? balik open house hantak si gemuk pergi sekolah agama then tidur. hee, hari ni rasa banyak sangat online and game la. tsk3. okie, nak pasang cadar. goodnite :)

eighth day ends
and
will be counting up
sleepy
(:

Friday, September 23, 2011

seventh day holiday

my housewife days begin. ibu pergi kl hari ni. so aku la yang bertanggungjawab jaga budak kecik gemuk ni hehe. sorry adik :)

7.00 hantar si gemuk pergi sekolah
8.30 hantar ibu pergi simpang renggam
9.30 sampai rumah. hasrat nak tidur semula. tiba-tiba dapat call dari mak uda ajak berbual. halamak potong stim. hehe. lepak kedai mak uda sampai pukul 11.

alih-alih dah pukul 1.30. nak kena amek si gemuk balik sekolah pulak. benda ni aku tak bagi tau siapa-siapa pun. time reverse avanza aq buleh terlanggar kancil. sumpah tak nampak. nasib baik pakcik tu baik. sorry pak cik. saya memang tak nampak. memang tak nampak. oh, mak ngah datang semalam. something happened. turun dari kereta je dia marah-marah kat driver dia. siapa tak takut kan bila tengok General Manager KPJ naik angin. driver dia pun bengap. nak pergi pontian sampai nak pusing lalu simpang renggam bagai apsal. pastu sampai 4 kali u-turn depan lorong rumah aku memang la mak ngah panas. dah jadi tak best kali ni mak ngah datang. yet she brings lot of foods. a lot. dah rasa macam duduk kat rumah dia dah. makan makanan dalam bekas. heat and reheat. huhu. anyway, thanks singgah rumah. kena tidur awal sebab nak hantar adik pergi sekolah :)

seventh day ends
and
will be counting up
don't mess with boss
(:

sixth day holiday

nothing much. sibuk kemas barang ibu nak pergi kl. tanda paper upsr. ibu tak okay sangat sebab dah tiga hari tak tidur. kesian dia. iron semua baju + tudung ibu, packing, ajar ibu guna laptop.

online. nengok tv. negngok tv. tidur. good thing is duduk rumah buat aini hamid kurang makan. seriously. hehe.

sixth day ends
and
will be counting up
sleep tight mummy
(:

fifth day holiday

late entry posts :( btw this time is the story about UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS). huhu. sebenarnya aku dah pernah pergi dulu. tapi dengan family. kali ni pulak dengan kawan-kawan. yet still 2 different situation kan? kali ni sangat eksaited sebab pergi dengan kawan belajar, gaduh, main time sekolah, cik siti nasuha, classmate cik iylia, jiran kelas cik alwani, classmate forever and kawan tempat aku menangis melalak dan sebagainya, cik firdayu and cik sakinah. haha.

hee, bangun pagi-pagi pukul 5 sebab pukul 7 bas dah nak jalan. biasalah, jb-singapore kalau tak jam tipu lah kan. huhu. since pontian-jb standard aku sejam jadi kitorang bertolak pukul 6 pagi. huu, awal kan? kan? sampai tune hotel danga bay, tsk3, bas tengah tunggu kitorang rupanya. sory akak. hee.

so pukul 8.30 kitorang dah tercangak kat sentosa world resort tuh. padahal kul 10 baru bukak. zzz. dah la belum breakfast. so, ni lah kerja kitorang before pintu tu USS terbukak

cantik kan gambar ni? hee both tangan and globe :)



sueha-dayu-iylia-alwani-me
camerawoman : cik sakinah

muka nampak happy. perut bunyi siapa tau kan? esp aku la. hoho

snap here snap there oh, pintu dah bukak. line up. sebab belum pukul 10. suddenly i saw a super duper duper cute mr kungfu panda -PO! aku dah macam budak kecik. obses dengan Po yang comel sangat tuh!!

ain't Po cute?

we spent our time main, snap picture, makan, main, main hujan, snap picture lagi. heaven. kenapa? sebab waiting hour semua less than 10 minutes. paling lama nak naik jeep bodoh tu. tunggu 20 minit. pergi last time beratur sampai 2 jam. -.-

okeh, mula-mula main madagascar. boat sailing. tapi kantoi ada rail kat bawah. aku pun sibuk nak tau how they do it. :) tak pernah main sebab baru bukak. fun riding for all ages seriously. ada surprise kat dalam tu :)


then tengok 4D movies shrek. adventure bersama shrek.


makan-makan time. lapar kan tak makan dari pagi. kitorang first customer dia. since dah pernah pergi so, tau la mana gerai yang halal :) Lepas makan buat kerja gila. Mian roller coaster dia yang HUMAN (merah). The best part is bukan jerit sebab takut. Sebab kitorang naik wetride. Bijak orang tu. Dah lock kitorang kat seat baru bagitau kat luar hujan. LEBAT. sekian. roller coaster tu dha la dekat 90km/h tambah pulak dengan hujan. sakit kot air hujan tu. turun je baju tu boleh diperah-perah. well since hujan lebat, so tak leh main outdoor :(


next main high speed roller coaster kat the mummies. huhu. i like. hujan=sejuk. main dalam tu, terkurung dekat tempat berapi = free heater.

then tengok donkey show kejap sementara tunggu hujan stop and main potion spin. dah macam berdating je dok berdua dalam satu tempat sempit. hehe, children ride tapi ada kitorang kisah? main punya main, penat sangat kaki pun dah sakit. next teman sueha shopping. well, tak mampu nak beli banyak. $1=RM2.40. Tukar RM120 dapat la $50 je. Makan $20+. aini kan? asyik lapar je. nak sangat t-shirt USS kan. since sueha beli >$20 so dapat la beli a tshirt worth $43 dengan harga $12. ala sebenarnya harga tshirt tu memang $12, saje je jual mahal dapat untung *muka takpuasati*. baki beli la souvenir untuk kawan aku.

dah puas shopping, main, makan, amek gambar, so pukul 7.30 bas pun sampai and kitorang terus balik. dapat naik bas memang semua tibai tidur la kan. huhu. sebab kalau tido time dah dekat dengan tuas nanti tak best. turun naik bas check passport. zzz

anyway, its a great day. aini hamid bukannya suka bergambar sangat but with them i take a lot of picture. hee, and first time amek gambar pakai braces. i mean obviously diorang akan upload kat fb, and kawan-kawan lama tak tau pun aku pakai braces. so, kire first time la kan? hehe. till then bubye :)

fifth day ends
and
will be counting up
friends forever
(:


Wednesday, September 21, 2011

fourth day holiday

was going to beloved sensei's house. wuwuwu, bangun lambat. nak kena pergi bank dulu draw duit, pergi jpn amek ic. baru balik nak makan, cik nasuha call suruh amek dia. she's finally sampai pontian. alang-alang dah keluar, pergi pick up iylia sekali :) heaven. 2 kawan lama tak jumpa.

jumpa sensei sumpah rindu zaman sekolah. zaman aku jadi baik bila dalam geng baik tapi jadi nakal bila dalam geng nakal. huhu. sensei manjakan batch kitorang sangat. kenal sensei dari before dia tak ada anak sampai sekarang she have a little cute daughter. boleh nampak sensei miss us too especially bila dah berhenti kerja. respect dengan dia yang hormat kitorang. ajak makan pizza tapi bagi kitorang cawan kertas. huu, two hours full of enjoyment.




ain't she cute?

bkn senang nak bagi budak ni gelak. sejam lebih layan dia main baru boleh 'in'. huhu. baju merah tu sueha yang bawak dari jepun. comel gile yukata tu. btw, apa yang aku realize is as she grow up, we grew up older. huhu

anyway my day ended with cik alwani datang rumah bawak skin dengan dayu. biasalah, 6 orang perempuan, yang dah lama tak jumpa, bile duduk satu bilik... well anyone knows what happened then. huhu. looking forward for our next exiting day!



fourth day ends
and
will be counting up
live life ur teenage days
(:

Sunday, September 18, 2011

third day holiday

huu, hari ni kena bangun pagi. ibu eksaited nak pergi nengok anak bujang dia yang sorang lagi terchenta tu kat kluang. ee, sumpah manja budak gemuk tu. aku dulu tak de pun ibu ke ayah ke yang datang. tak mintak pun. so, dengan penuh eksaited ibu pun buat la preparation nak bagi anak bujang dia ni makan.

mee goreng favourite aku

nugget yang banyak kolestrol tapi sedap. hehe

so, aku sebagai driver tak berdaftar terpaksalah drive pergi sains johor tu. sakit tangan sebenarnya. huhu, nak keluarkan tangan swipe touch n go pun sakit :( so lepas nengok budak gemuk tu ( well, tak de beza pun aku nengok dia ) kitorang pun balik sebab mak saudara ayah buat kenduri kat kampung

speaking of kampung, aku tak paham betul la orang-orang bandar yang masuk kat kampung ni. dah tau jalan kampung tu kecik, bila berselisih tu bertimbang rasa la sikit. kena la dua-dua mengalah. hamboi, ingat kau orang bandar orang lain semua kena beralah? pastu tak reti cakap terima kasih bila orang bagi jalan. kemain lagi bawak laju dalam kawasan kampung. kan dah bila aini hamid start membebel, susah nak berhenti.

tapi the saddest thing happened today is inche tom kesayangan mati petang tadi dalam pukul 5. kesian dia. lebih baik dia mati dari tanggung derita hidup. dia macam dah 'dikerjakan' dengan teruk oleh all the bad kucing jantan ( well, dah nama pun jantan kan, sama je ) sampai dubur dia macam terkoyak. then bergaduh kot sampai mulut dia luka. nak minum pun tak boleh. apa lagi makan. bagi minum pakai syringe pn dah tak boleh. thanks tom be with us for more than 3 years. take care of us especially after ayah tak ada. kitorang dah tanam tom elok-elok eh? kak ain sakit tangan pun mencangkul jugak sebab tom.

tom lagi kurus dari neh :(

so, that's the end of my inche tom's story. well, ibu still tak dapat tidur lagi. pity her. pray for her that ditarik balik hijab yg dibuka untuk dia. tangan dah sakit neh. nak rest sebab nanti nak main tangan sakit tak best. hehe. goodnight.

p/s: setakat ni dah tiga hari boleh tulis post. can i make it possible for four months? we'll see

third day ends
and
will be counting up
memory remains
(:

Saturday, September 17, 2011

second day holiday

not a good day. sekian. wuwuwuwu. jatuh motor. again :(

ini skuter. sebelum jatuh la

ini skuter lepas jatuh. lebih kurang macam aku la :(

huu, sorry pak uda. tadi terlambung. tak tau kenapa. sakit. kaki dengan tangan. ingat tak nak bagitau ibu tapi bile ibu tanya kenapa tukar motor dengan pak uda, takkan nak tipu kan?
huaa.. tapi benda paling sedih ialah phone champ kesayangan aku HILANG! double sedih. serius sedih. pergi carik balik pun dah tak ada dah. :(


goodbye inche phone yang selalu jatuh.

ibu kesian nengok nasib aku yang asyik ditimpa musibah so dia dengan baik hatinya sponsored beli phone baru untuk aku. tapi ticket pergi universal bayar sendiri la. huhu. ingat nak beli phone nokia tapi puan yang sponsor cakap awak kan pakai phone touch. meh ibu ganti phone touch jugak. baik mem. huu, so inilah hasil jatuh motor tadi,


inche corby II. kaler pink tuh.

hee, pink kot. dah macam perempuan sangat. kelakar pun ada rasanya. at least better dari kuning kot. tapi yelah, dah lama guna champ rase lagi best yang lama. :( lepas jatuh tadi tidur je. terkejut kot. sincle luka sikit je prepared to have lebam. and yes. mak aih banyak benar lebam. macam mana neh. lebam lagi sakit dari luka kot :(

oh hari ni ikut ibu amek skrip upsr kat pejabat pos. meh-meh siapa yang adik-adik dia sekolah area shah alam, penang ( x sure area mana ) dengan kuching, bagi-bagi la no kod korang. hehehe. banyak tu, dapat 16 bungkusan. kira-kira 1000 skrip. banyak kan? kan?

well, sekarang baru pukul 11.40 tapi rumah dah sunyi sepi. house=sleep early. esok nak pergi sains johor. opik si gemuk tu mengada nak suruh orang datang tengok bagai. zzz.

btw, sebenarnya sangat grateful ada kawan yang always have time to hear all my story. thanks eh :) at least half of my worries dah hilang.


second day ends
and
will be counting up
be strong
(:

Friday, September 16, 2011

first day holiday

since its gonna be a four month holiday break and i know its gonna be boring without friends, i decided to do some writing. huhu. sebenarnya dah balik semalam. tapi semalam tak kira as cuti la, sebab penat drive satu hari kan? anyway the best thing happened yesterday is i met my best friend, fresh from japan. huhu

ouh well, after a long 12 hours sleeps, i started my day with mengemas semua baju2 yang dah macam orang pindah rumah je. sumpah banyak gile rupanya baju aku. lepas solat jumaat, hoyeah, back to back open house. jap berapa rumah ek? empat? lima? sebenarnya gigi aku sakit sebenarnya. baru diketatkan. tapi ibu cakap makan still macam tak ingat dunia. hee, banyak gak makan sebenarnya. awal2 lagi dah fail plan diet. zzz

baru tiga minggu tak jumpa inche tom dia dah kurus kedengking. sangat kurus. kesian dia. muka luka teruk., bile berdiri pun macam nak tumbang. dear, please eat. kak ain tak nak tengok sumthing that i love hilang lagi. even awak tu just a cat. be strong and please eat eh? stay elok-elok dalam sangkar tu so that kucing-kucing jahat tak kacau lagi :(

semalam macam ada operasi saman besar-besaran. all way to johor, polis sibuk kejar lori. masuk kl, fuh seronok abang polis keluar buku saman. and yes, i admit that i drive quite fast yesterday. 140 km/h. ngantuk sebenarnya. nak makan asam kan gigi sakit. padan muka. bila tiba-tiba ada roadblock baru nak menggelabah sampai sakit perut. haha. terfikir gak idea kalau kena tahan nak buat dialog, " encik kalau kita settle kejap lagi boleh tak. bagi saya berak dulu. sakit perut sangat neh" hehe. wondering apa la agaknya reaksi inche polis tu kan? good that aku tak kena saman. :)

tak ada benda yang best pun nak ditulis tapi nak tulis jugak sebab nak tulis. sekian

first day ends
and
will be counting up
live life
(: